Novela


Tajuk: Hikayat Sebuah Cinta
Penulis: Noorizda Emellia
Tahun: 2005
Halaman:418 M/S
ISBN: 9789831875193
Harga Asal: RM18.90


Penerbit:Rhythm Publishing


Cinta adalah kalimah derita, melenyapkan semua kisah sukanya. Cinta itu yang menyedarkan dirinya bahawa tiada kasih yang kekal selain kasih kepada Allah s.w.t. Tengku Nur Azura Irwayu, gadis yang teguh pendiriannya, terjebak dalam kemelut perasaan merebut hati Cikgu Azrul. Pelanggaran antara Azrul dengan Azura, seterusnya membawa kepada pertemuan kedua mereka di sekolah, telah membuah rasa dalam hati masing-masing. Cinta diikat dalam rahsia lantaran Azrul itu gurunya sendiri. Dugaan melanda jua akhirnya. Cinta terlerai atas tuntutan keluarga. ada hati merana. Ada luka yang terdera lalu mencarik duka yang bukan sedikit. Azura pasrah, luka ini harus dirawat! kesetiaan Azman yang sanggup menantinya dipandang sepi. Mampukah dia mencintai lelaki yang dianggapnya sebagai darah daging sendiri? Tergodakah dia dengan kesabaran Azman? Kehadiran Wajdi pula, menggugat suasana. Tegakah Azura melukakan kedua-duanya? Lalu siapakah yang bertuah? Hakikat cinta itu benar-benar mematangkan Azura!











TAJUK: MERINDU TANPA KATA
NAMA PENA: EMELLDA M.A
KELUARAN: KARNADYA 

ALHAMDULILLAH
SYUKUR PADA ALLAH SWT
Tak sabar rasanya untuk lihat hasil karya sendiri sekali lagi berada di rak-rak kedai buku Malaysia
Ingin sekali mendengar komen pembaca mengenai karya yang terbaru ini
Yang pasti, gaya penulisan yang berbeza dari sebelumnya.

Puisi???
Mestilah ada...hadiah khas buat semua. 
Puisi adalah jiwa dalam setiap karya saya. Tanpa puisi karya saya tiada hujung jalan cerita.

hehehehe...

<MERINDU TANPA KATA>








NANTIKAN PULA KARYA TERBARU
MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
TAJUK???

#KICI

Apa tu??? Biarlah RAHSIA dahulu yea....


Sedikit TEASER....

 "Saya ikhlas dengan apa yang saya rasa pada DS. Saya tahu mungkin saya tak mampu nak hilangkan semua rasa sedih yang ada di lubuk hatinya. Tapi saya mampu untuk cipta plot bahagia pada kehidupannya. Saya akan buat apa sahaja asalkan luka di hati DS berlalu pergi. Saya sayang dia. Apa yang berlaku sekarang atas kehendak Allah swt. Saya anggap semua yang berlaku ini sebagai satu peluang untuk saya buktikan bahawa gadis yang selama ini saya suka akan bahagia dengan saya selama-lamanya. Saya mungkin bukan lelaki terbaik atas dunia ini. Tapi saya akan cuba untuk jadi yang terbaik di mata DS. Macam yang pernah saya bagitahu DS sebelum ini. Percintaan dalam Islam adalah perkahwinan. Saya mahu DS sah menjadi milik saya. Barulah halal bagi saya untuk memikat hatinya. Saya tidak pernah memaksa dia. Dan DS tidak pernah memaksa saya. Kalau awak dapat tangkap pandangan mata saya pada Dania Surfina. Saya rasa awak dapat agak, apa yang tersirat di hati saya sekarang ini. Semuanya saya buat atas satu RASA... Iaitu CINTA...” -DE

“Daddy faham jiwa kamu AZ. Sebab itu daddy mahu kamu berterus-terang dengan DS. Bagitahu dia apa yang sepatutnya dia tahu. Takkan yang itu pun daddy nak kena ajar. Ish, kamu tahu tak AZ. Kamu umpama ambil kesempatan pada anak tiri daddy. Mentang-mentang dia anggap kamu bagai abang dia, maka kamu sesuka hati sahaja memanjakan dia. Yang menjadi masalah daddy sekarang kamu itu bernafsu dengan dia...”-AF

No comments:

Post a Comment