MANUSKRIP

#1 MERINDU TANPA KATA

Saat mata hati berbicara sendiri...
Tiada ungkapan yang mampu membohongi...
Dan tindakan mendahului dalam menyingkap rahsia hati.

Merindu Tanpa Kata... Menyingkap rahsia hati apabila cinta datang dari hati. Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilalui terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Abangnya Iskandar sudah boleh tersenyum riang tanpa sebarang kerut di wajah. Bukan gembira  kerana beban menjaga Indah telah pun berpindah arah. Tetapi Iskandar gembira dan senang hati apabila adik kesayangannya sudah menemui  cinta hati yang mampu memberi kebahagiaan sejati. Rasa bersyukur yang teramat sangat apabila Indah dicintai oleh lelaki sebaik dan sekacak Kaizril a.k.a sahabat baik abangnya sendiri.

Siapa sangka Indah dan Kaizril akan dipertemukan dengan cara sebegini?
Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa?
Siapa sangka suratan yang sudah tertulis di makrifat membawa seribu rahmat?

Namun bagi Indah dan Kaizril sendiri. Perhubungan mereka ini menjadi titik permulaan dalam mencari kebahagiaan abadi. Perjalanan masih jauh lagi. Garisan penamat juga tidak diketahui di mana akhirnya. Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan penasaran dalam mencari erti cinta sebenar.

Dan Kaizril sendiri lelah menepis dambaan cinta Natasha yang terlalu taksub mencintainya. Kehadiran Indah sememangnya memberi sinar dalam kehidupan Kaizril...sebagai pelengkap hidupnya. Satu anugerah tak ternilai dari Illahi. Namun, perpisahan terjadi walau Kaizril sendiri tidak merestui.

Demi Indah... Demi tidak mahu Indah lebih terluka dan menanggung derita sepanjang hayatnya maka Kaizril terpaksa akur. Kerana dendam sepupu sendiri iaitu Johari, maka Indah dan Kaizril terpisah.

Sejak itu, hidup Indah tiada serinya lagi. Rindu yang tidak bertepi. Cinta yang menghilang pergi. Kekasih yang tiada lagi menemani. Buat Indah hampir-hampir tersungkur. Ingin dia berpaut pada yang lain mencari kekuatan dalam melalui hari demi hari. Namun hatinya sekeras kerikil. Teguhnya cinta terhadap Kaizril tidak boleh dirobohkan oleh mana-mana lelaki.

Cinta Indah hanya milik Kaizril abadi. Jika benar Kaizril sudah tiada lagi. Indah pasrah dan tidak mungkin jatuh cinta lagi. Hatinya parah. Namun demi benih kasih yang mulai bercambah menjadikan Indah wanita kuat, cekal dan hebat.

Walau tanpa lelaki yang amat dicintai...
Walau tanpa keluarga sendiri...
Walau bertemankan airmata saban hari...

Dengan segala rasa cinta terhadap Kaizril, Indah bangkit kembali. Walau hanya bertemankan ceritera cinta semalam. Indah redha kerana dia hanya mahu Kaizril menjadi yang pertama dan terakhir untuknya...


#2 KU IDAMKAN CINTA ITU

…. Ni Bagi TEASER sikit…
Mencintaimu...
Sepanjang hidupku...
“Daddy faham jiwa kamu Amir Zahrin. Sebab itu daddy mahu kamu berterus-terang dengan Sufrina. Bagitahu dia apa yang sepatutnya dia tahu. Takkan yang itu pun daddy nak kena ajar. Ish, kamu tahu tak Zahrin. Kamu umpama ambil kesempatan pada anak tiri daddy. Mentang-mentang dia anggap kamu bagai abang dia, maka kamu sesuka hati sahaja memanjakan dia. Yang menjadi masalah daddy sekarang kamu itu bernafsu dengan dia...”-Adam Fattah

#3 KU PERCAYA ADA CINTA
Kisah Mimpi Yang Tak Sudah... merupakan penawar pada hati yang terluka dan sengsara kerana cinta. Hidup ini perlu untuk dihargai. Waima, kehidupan yang dilalui tidak membahagiakan hati. Semoga melalui ‘Ku Percaya Ada Cinta’ ini mampu menyedarkan kita semua bahawa cinta merupakan anugerah Tuhan yang perlu untuk kita bajai dan hargainya. Namun keindahannya juga sementara andai kita leka untuk sentiasa menyemainya dengan semarak kasih sayang.

Setiap kita mengimpikan agar setiap cinta di hati kita akan berakhir di gerbang perkahwinan. Tapi tidak semua orang bernasib baik. Bukan kerana tidak berusaha tapi sudah ketentuan dan takdir Tuhan begitu. Cinta merupakan satu kalimah indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Yang merasai denyutan nadi cinta sahaja yang akan memahami erti cinta sebenar.

Setiap kita juga merupakan seorang pecinta. Kita semua layak untuk memiliki cinta hati kita. Namun perlu diingat... Kita hanya manusia biasa. Lain orang lain pula corak cerita cinta mereka.

Yang pasti jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Andai cinta itu hadir kita tidak mampu untuk menolaknya. Dan andai cinta itu pergi kita juga tidak mampu untuk meraihnya kembali.

Dan hati harus sentiasa percaya pada sebuah cinta...
Dan harus diingat cinta yang hakiki dan abadi...
...Hanyalah cinta kepada Allah s.w.t...


TEASER JEW!!!

Kisah Mimpi Yang Tak Sudah…
‘Maafkanlah aku sekiranya aku meninggalkanmu. Maafkanlah aku kerana aku melukai dirimu. Walau aku menyintaimu. Aku harus pergi jauh darimu. Aku harus melupakanmu. Bila aku menjadi bisu apabila berhadapan denganmu. Maafkanlah aku. Meski aku masih menyayangimu. Aku harus redha untuk menjadikan kenangan terindah kita hanya sebuah mimpi di siang hari. Memang aku lemah tanpamu. Tapi bagaimana harus aku berhadapan dengan semua yang  ada di sekeliling kita. Sedangkan antara kita wujud jurang yang begitu ketara. Bukan aku takut menempuh segala dugaan yang melanda. Tapi kerana aku tidak mahu melukakan hati sesiapa. Untuk membina mahligai cinta kita... Kita harus melukakan hati ramai orang yang menghalang cinta kita. Jadi bagaimana? Bagaimana kita akan aman dan bahagia? Jadi jalan yang terbaik untuk kita adalah mengikut haluan sendiri. Apa yang tertulis dalam kamus hidupku adalah yang terbaik untuk dirimu... Dan kau merupakan kenangan yang tak mampu untuk aku lupakan. Yang tak mampu untuk aku hilangkan dari ingatan.’
                                                                                              ~ Laina Azman ~

Shah Zaffuan melepaskan keluhan panjang.
Kandungan surat Laina benar-benar menghancurkan harapannya. Walau apapun selagi jasad masih bernyawa. Shah Zaffuan akan tetap menanti dan menunggu Laina. Walau sejauh mana Laina lari daripadanya. 

Shah Zaffuan akan tetap berada di langit yang sama dan menghirup udara yang sama dengan Laina. Walau Shah Zaffuan perlu mengintai dari jauh. Walau Shah Zaffan perlu dalam diam  berada dekat dengan diri Laina. 

Hakikat Laina cuba memungkiri cinta. Tidak akan Shah Zaffuan ambil hati. Walau dirinya umpama menanti yang tak pasti. Namun Shah Zaffuan sanggup melutut dan merayu agar Laina sanggup menerima dirinya. Walau ada rintangan melanda. Walau ramai yang membenci cinta mereka.

#4 IZINKAN AKU BAHAGIA

#5 KU INTAI CINTA DALAM RAHSIA

#6 KISAH MIMPI YANG TAK SUDAH

#7 TERASING DALAM CINTA

#8 SENORITA LADY

No comments:

Post a Comment