Monday, 30 January 2017

SEBUAH GARAPAN RASA

Sebuah garapan rasa begitu sukar untuk digubah
Persis si buta tanpa tongkat yang cuba berjalan sendirian
Siang atau malam tetap saja sama menongkah arus resah
Tanpa asas yang padu ku cuba mamandang ke luar paksi cakerawala alam moga dipermudahkan

Sunday, 29 January 2017

Kesempurnaan

Entah mengapa di saat alam semakin tua
Kita semakin alpa mencari kesempurnaan
Hingga dibiarkan diri dan hati disakiti
Apakah kesempurnaan itu mampu memberi kebahagiaan?

Kesempurnaan padaku perlu mengikut kemampuan
Kesempurnaan perlu jika punya kesempatan
Bukan dinilai dari cakapnya orang persekitaran
Orang boleh memberi 1001 tafsiran

Pada aku
Kesempurnaan itu bukan datang dari mata penglihatan
Tapi dari teguhnya iman
Betapa indahnya hati dan dalaman

Jadi kenapa inginkan kesempurnaan yang tertangkap dek hanya dari mata penglihatan?
Sedangkan kesempurnaan paling jelas lahirnya dari hati yang sentiasa positif maju ke depan
Mengapa perlu dihitung pemikiran lain sedang hanya kita yang tahu sejauh mana kesempurnaan wujud dalam diri

Apa yang penting sempurna iman
Apa yang perlu redha dan bersyukur
Kerana kesempurnaan itu tiada siapa mampu mempertikaikan
Hanya Allah swt Yang Maha Sempurna
Dan kita manusia hidup adalah untuk saling melengkapi setiap  ketidaksempurnaan

Saturday, 28 January 2017

H.A.T.I HATI

Bicara saat ini adalah tentang hati
Bila mana rasa hati ibarat tertusuk duri
Rasa derîta di jiwa akhinya hanya mampu ditangisi
Sentiasa resah menanti saat mimpi menjadi realiti

Bercerita tentang hati belum tentu pasti
Kerana hati sendiri tiada jawapan seindah mimpi
Jauh diselongkar rahsia duniawi
Tetap jua bahagia itu menjauh dari diri

Langkah kaki terasa seperti ingin berhenti
Semangat kian longgar dan terburai
Aku termenung memikirkan hati hati
Pabila bahagia begitu sukar dicari

Cuba aku genggam mimpi-mimpi
Mengharap derita jiwa berganti
Bahagia yang dicari moga mampu digapai
Walau terpaksa melalui jalan beronak duri

Hati terasa rapuh sekali
Jiwa masih lagi tiada seri
Maka aku selami dalam diri sendiri
Berharap keajaiban hadir bersama rahmat ILLAHI

Bicara pada hati
Allah senantiasa menemani
Walau hidup ditemani mimpi-mimpi ngeri
Janji Allah bila tiba saatnya pasti ada bahagia bakal menanti

...Keimanan dan Kesabaran dalam menjalani ujian yang diberi perlu sentiasa menebal. Tanda Allah sayang dan sebagai ruang untuk menggapai bahagia abadi. Dunia ini hanya satu persinggahan...

~dari tinta hati BIDASARI

Thursday, 26 January 2017

Semangat Yang Hilang

Mencari semangat yang hilang tak semudah memejam dan mencelikkan mata. Bila mata terpejam pandangan kita hilang. Dalam sesaat pula boleh kembali mencelikkan mata dan pandangan akan terbentang semula. 

Semangat yang hilang juga tak semudah kita menarik nafas dan lepas. Apabila menarik nafas oksigen kita dapat. Apabila dilepaskan nafas maka karbon dioksida pula jadinya. Sekelip mata boleh berubah.

TETAPI mencari semangat yang hilang memerlukan satu keyakinan dan keimanan yang kuat agar tidak tersasar jalan. Memerlukan penelitian dan kesabaran dalam menghuraikan segala fakta agar rasional di kotak fikiran. Mudah-mudahan AURA POSITIF akan kekal dan kembali dalam diri.

Yea.. tak semudah berkata-kata. Ini kerana yang menanggung dugaan itu yang tahu RASA sebenarnya. Namun kembali pada paksi asal sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA. 

Kepercayaan KEPADA TUHAN menjadi paksi tenangnya diri di saat ujian datang dan cuba menangkis semangat agar hilang. Allah... Allah... Allah... Kalimah itu besar maknanya. Aku sendiri pernah berdiri dan berada di situasi paling rumit sebagai khalifah Allah swt. Maka hati pun pernah berkecai lumat ibarat retak seribu tak mampu bercantum lagi. Hati kita ... Hati manusia bukan hati nyamuk. RASA yang terkandung di dalamnya punya seribu makna.

Yang pasti bila berpaksi pada YANG MAHA PENCIPTA maka segalanya dirasakan tenang walau di hati kemelut jiwa bebolak balik. Tidak mengapa... Ajar pada hati... Berbicaralah berkali-kali... "Allah itu ada. Pasti ada jalannya yang bakal merungkai segala." Usah dipersoalkan BILA??? 

....Kerana siapa kita??? Hanya hamba yang tidak sempurna...

#Jangan berhenti berharap
#Jangan berhenti berdoa

#Throwback


...Life is Miracle...
Subhanallah
Syukran for all the happiness
Sbg manusia adakalanya kita khilaf
Kadangkala kita rasa spt tidak sempurna
Namun hari demi hari
Setiap kali bernafas kita bersyukur dgn kurniaan Yang Maha Pencipta
Hari demi hari tercipta kenangan suka duka kehidupan
Apa yg penting semua itu bersama insan2 tersayang
Aku manusia biasa yg kerdil
Namun selagi bernafas rasanya akan terus berusaha menjadi yg terbaik di sisi Illahi
Pasir berubah
Manusia berubah
Hidup ini ibarat roda
Hidup ini juga ibarat lautan yg ada pasang surutnya
Jauh aku mengintai kenangan
Bermuhasabah diri mengharap redha Illahi
Moga kurniaan yg diberi oleh Pencipta akan sentiasa mewarnai kehidupan
Semoga rasa syukur xpernah hilang
Semoga hati xgoyah dlm duniawi yg penuh pancaroba ini
Amin.

#Throwback

Terasa tenang memandang ke laut lepas
Nyaman dan ibarat menyuntik semangat juang
Memandang ke laut dr sisi benteng buatan manusia
Andai di pesisiran pantai pasti akan ada ombak yang datang
Desiran ombak umpama alunan lagu cinta
Deruan ombak umpama jiwa yg mengandungi pelbagai rasa
Itulah kehidupan manusia

PERMULAAN BARU BAGI TAHUN 2017


Alhamdulillah..

Setelah sekian lama sy hilang arah membiarkan sahaja pena hati menari tanpa dakwat dan kertas. Saya berkata bahawa saya mahu kembali... kembali meneroka ilmu tinta dalam berbicara ttg manusia. Yea..dalam melakukan sesuatu perkara kita perlu ada idola. 

Dr situ semangat juang dan motivasi diri tidak akan hilang bak angin yang berlalu. Sy cuba mencari dan terima kasih pd seorg yg bergelar sahabat dari dulu yg sentiasa memberi ruang, peluang dan nasihat. Sungguh saya kagum dengannya. Melihat dia semakin berjaya dalam meluahkan rasa sbg kerjaya. Membuat sy terfikir, mengapa sy berhenti sedang kemahiran itu ada dlm diri. Sepatutnya sy tidak tinggalkan sahabat. Tapi begitulah ketetapan Illahi. 

Sy berjanji pd diri tidak akan berhenti lagi. Kali ini, saya akan pastikan sy mengorak langkah ke hadapan seperti sahabat. Masa walaupun singkat, masih belum terlambat...itulah kata sahabat sbg penawar dan semangat. 

Tinta hati saya tidak pernah berhenti berbicara. Dakwatnya ada tapi dibiarkan kertas tidak bertulis sepatah kata. 2017 menjadi saksi bhw saya akan sentiasa memenuhi kertas agar terukir bicara mulia buat pedoman utk semua...

~Emellda M.A~

Wednesday, 18 January 2017

Hurt in my heart

Sometime in our life, we cant get everything according to our demand.

We need to do something in our life.
Its not about how we want to do to be rich. BUT how we want to survive.

Hurt in my heart.
Trust that ALLAH SWT will always be here...near and hear for our DOA.

We are the only one who can make happy for our own life. Find the happiness with smile and the kindness.

Tuesday, 10 January 2017

HATI

Hati terguris
Pedih terasa ibarat terkena bara
Di mana hilangnya manis
Sedang cinta membakar jiwa

Aku hanya seorang pencinta
Aku juga hanya perindu
Apabila rasa sudah tiada
Apakah perlu untuk aku berlalu?

Mengalah itu bukan sikapku
Membiar hati terluka
Tanpa dirawat selalu
Ibarat membiarkan segalanya sia-sia

Cinta itu perlu setia
Cinta itu bahagia
Andai cinta membawa derita
Baja dan mesrailah pengubatnya

Andai cinta menjauh
Maka berusahalah untuk mendekatkannya
Andai cinta hilang
Renungi diri kembali pada Allah swt

Kerana mungkin kita tersasar
Tanpa benteng dalaman sebagai baja
Bahagia itu tak datang sendiri
Perlu dicari dan diusahakan kembali

HASRAT HATI

Hasrat hati terlalu besar
Ingin menggapai bintang di langit
Walau tak tercapai tangan
Namun tetap jua mengharap
Kerana hasrat hati adalah harapan

Hasrat hati ingin membahagiakan
Menjadi pendamping setia tiada tandingan
Walau datang 1000 halangan
Tidak tergoyah dan mengalah
Kerana hasrat hati ibarat akur janji

Hasrat hati bukan igauan
Bukan juga mimpi mainan perasaan
Walau suka duka silih berganti
Bahagia terbit di penghujungnya
Kerana hasrat hati dalam berkah Illahi

Kasih Terindah

Bahagiaku
Hanya pada satu wajah
Senda gurauan mesra
Sentiasa mewarnai dunia

Hadirnya
Tanpa pernah aku menduga
Selaut kasih tercurah
Tidak pernah surut walau badai menggila

Tanpamu aku lemah
Kerana aku tanpa cintamu
Bagai mawar pudar warna
Hilang seri berganti duri

Sentiasalah hadir
memimpin aku menggapai
Kisah terindah penuh rindu
Dan cinta mutlak milik kita