Thursday, 21 September 2017

JOM BELI & BACA


TERBITAN KARNADYA
BLURP:
“I love you... Is that the missing word that you forget?” - INDAH
“I love you. I’m sorry. I will never forget this word. And I will never forget you.” – KAIZRIL
Orang kata cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sebaliknya yang berlaku antara Indah dan Kaizril. Hanya kerana kesilapan yang indah, akhirnya menjadi titik permulaan cinta mereka. Dengan suara, hati mereka mula menyanyikan lagu rindu. Hati tiba-tiba berbunga-bunga mengenangkan kata-kata si pemanggil misteri.
Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilaluinya terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa?
“Orang handsome macam ni takkan frust kut?”
“Saya tak frust. Saya sakit rindu. Hati rindu. Jiwa saya rindu. Mata saya rindu. Fikiran saya rindu...”
Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan panasaran dalam mencari erti cinta sebenar. Dan Kaizril sendiri lelah menepis dambaan cinta Natasha yang terlalu taasub mencintainya. Kehadiran Indah sememangnya memberi sinar dalam kehidupan Kaizril... sebagai pelengkap hidupnya. Satu anugerah tak ternilai daripada Ilahi.
Namun, perpisahan terjadi walau Kaizril sendiri tidak merestui. Demi Indah... Demi tidak mahu Indah lebih terluka dan menanggung derita sepanjang hayatnya maka Kaizril terpaksa akur. Kerana dendam sepupu sendiri iaitu Johari, maka Indah dan Kaizril terpisah. Mampukah indah meneruskan hari-hari mendatang???? Semuanya dalam naskah MERINDU TANPA KATA 😍
Emellda MA
Berminat BOLEH hubungi Karnadaya atau PM Penulis sendiri
RM23 sm
RM26 ss

Saturday, 16 September 2017

Hilang Deria Rasa

Kelam...
Hitam...
Hati ibarat membeku
Bagaimana mahu merawat luka
Sedangkan bahagia tak kunjung tiba
Aku mencari setitis sinar harapan
Namun kekal sebagai penantian
Entah bila derita jiwa mahu beredar

Saturday, 9 September 2017

ADA APA PADA PENULIS?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Siapa mahu jadi PENULIS???

Mungkin ramai yang ingin jadi PENULIS tapi TAK RAMAI yang tahu SUSAH SENANGNYA sebagai PENULIS. Bukan PETIK JARI TERUS SIAP SATU BUKU. JIKA BENAR BEGITU alangkah mudahnya hidup PENULIS. TIDAK perlu bersengkang mata, mengorbankan masa TIDUR atau masa lapang hanya semata-mata nak siapkan satu manuskrip.

Jadi sebagai PEMBACA yang BUDIMAN, bagilah sokongan dan kritikan membina.
Jika rasa perlu ditegur, TEGURLAH dengan cara yang BERHEMAH. INGAT! Pembaca perlu MENEGUR tapi jangan sampai MENGAIBKAN. Yang ini, zaman sekarang ramai yang tak tahu BEZA. Mulut lancar sahaja mengeluarkan AKSARA KATA. Kalau KOMEN lupa dunia hanya sementara... Tapi TIDAK semua. Sebab kebanyakan PEMBACA baik-baik belaka. 

Setiap penulis ada gaya penulisan mereka sendiri.
Setiap penulis ada pengikut mereka sendiri.

Sebagai FOLLOWER juga perlu berhemah.

Jangan BERLEBIH-LEBIH suka atau tak suka.

Seorang PENULIS perlu
1. Sentiasa Berfikir
2. Kreatif
3. Rajin Membaca dan Rajin 
4. Sentiasa Berlapang Dada untuk Sesuatu Yang Baru
5. dll

Genre Penulis
1. Ilmiah
2. Umum
3. Fiksyen
4. Thriller/Seram
5. Cinta
6. dll

KAlau tak minat menulis/membaca mana-mana GENRE yang lain JANGANLAH memperlekehkan pula karya orang lain. BERSAING SECARA SIHAT.

Seorang PENULIS
1. kadangkala dianggap KAYA; tapi jangan terlupa PENULIS juga sama macam kerja makan gaji/berniaga sendiri ... kalau menulis sambil-sambil ada kerja hakiki lagi TABIK SPRING... TAPI INGAT jangan menulis di ofis sampai lupa kerja HAKIKI nanti DAPAT GAJI BUTA pula

2. kadangkala DIKRITIK; kononnya karya SAMPAH.. oh SENTAP! Kononnya apa yang ditulis tak membina minda. Apatahlagi jika Novel Cinta. (Bukan semua yea...sesetengah sahaja yang beranggapan begitu) TAPI INGAT apapun GENRE tetap penulis MEMERAH OTAK nak TAMATKAN 450-650 muka surat/90k patah kata. Banyak pengorbanan dan kadangkala bermain dengan emosi sendiri. Cuba tulis tengok. Jangan terlalu mudah KECAM.

3. kadangkala PENULIS di kata GILA GLAMOR; erkk kalau tiada BAKAT tak guna juga NAK GILA GLAMOR. Pada saya asal sahaja buku sudah berada di RAK BUKU SATU MALAYSIA... Sila berlapang dada dan ucap ALHAMDULILLAH. Mudah-mudahan KARYA DITERIMA. KALAU TAK TIDAK mengapa, jika gemar menulis memang takkan pernah BERHENTI. Kalau GILA GLAMOR dah lama letak muka sendiri pada setiap cover NOVEL-NOVEL yang ada.. ADa aku KESAH... TAPI tidak kan...

Apa yang penting, kehidupan seorang PENULIS amat berbeza. 
Tiada had masa 8-5/10-10. 

Idea datang selalunya bila semua orang tidur. Dan seorang PENULIS yang BAGUS akan tetap SOLAT SUBUH dan BANGUN AWAL walaupun BERJAGA di sepanjang malam.

PENULIS tidak mengejar duniawi semata.

Pada saya sendiri, saya menulis sebab INGIN BERKONGSI segala apa yang saya rasa di hati/di minda lantas saya luahkan melalui manuskrip yang ada.

Setiap kali, wujud manuskrip baru... saya atau mana-mana PENULIS akan pastikan ada PENAMBAHBAIKAN pada setiap manuskrip yang baru tersebut.

Yea, KAMI PENULIS NOVEL CINTA hanya menulis kisah dunia. Tapi kami menulis kisah dunia agar dapat menjadi TAULADAN agar tak tersasar jalan menuju AKHIRAT. Kisah yang kami paparkan kadangkala dekat dengan REALITI kehidupan. Kadangkala juga sebuah IMAGINASI yang tetap memberi pengajaran. Kami lahirkan pelbagai watak dengan pelbagai emosi. Agar yang membaca akan turut juga BEREMOSI sama.
 Yang pasti harap senyuman akan membawa kebaikan, kesedihan memberi kesedaran dan kebahagiaan akan menjadi panduan. RASA itu juga anugerah yang ALLAH swt pinjamkan.

Kami bukan ustaz/ustazah tapi kami mencuba untuk masukkan nilai-nilai ISLAM.
Kami bukan ahli perniagaan hebat tapi kami mencuba menghasilkan plot dunia berniaga yang hebat DENGAN HARAPAN orang KITA akan rasa TERUJA untuk ADA PERNIAGAAN sendiri.
Kami TIDAK SEMPURNA jadi karya kami tak semua orang boleh TERIMA.
Kami PERCAYA rezeki, ruang dan peluang adalah berbeza untuk semua orang.

Pengalaman dunia saya sendiri, pernah ditemukan dengan seorang bijak pandai. tiba-tiba membuat mimik muka apabila tahu saya seorang penulis novel cinta. Berkerut dahi saya kala itu... Ingin saja saya lemparkan aksara kata agar jatuh airmukanya. Tapi saya biarkan sahaja. Tidak sampai hati pula ingin menghiris hati dengan aksara kata setajam belati.

Pada satu situasi yang berbeza... Saya terjumpa seorang bijak pandai yang hebat. Malah lebih hebat dari yang sebelum ini saya jumpa. Saya terkejut sebab di tangannya ada sebuah novel cinta. Tebal dalam 550 muka surat... Saya dengan sopannya bertanya... 'Prof baca novel cinta juga ke? Ada pula masa? '

Dia TERSENYUM dan berkata.
"Masa itu sentiasa ADA. Kita yang mengatur masa. Bila ada masa bacalah apa sahaja. Manusia yang BERILMU membaca pelbagai bidang dan topik. Novel cinta pun ada baiknya. Kehidupan saya seharian stress dengan kerja. Kadangkala sampai saya lupa bagaimana nak tersenyum dan beremosi. sebab saya hanya tahu satu emosi SERIUS sahaja. Melalui novel cinta kadangkala saya tersenyum sendiri. Kadangkala juga muhasabah diri, mencermin diri jika ada khilaf di mana-mana. Asal sahaja tidak membawa kekufuran dan kemudaratan dalam kehidupan , bahan bacaan itu adalah baik untuk dibaca."

kata BELIAU lagi...

"Jika mahu menimba ilmu. Bacalah apa sahaja. Asal bukan yang mendatangkan kemudaratan dan menumpulkan ketajaman minda dan menghitamkan hati. Selain ALQURAN, buku agama, ilmiah, motivasi, novel cinta tiada salahnya... Tetap juga bahan bacaan."

saya bertanya lagi...

'Prof baca novel inggeris tak?'

"Mana yang hati saya terpaut nak beli saya beli dan baca. Tak kira mana-mana. Tapi saya rasa elok saya beli karya tempatan. siapa lagi nak sokong karya penulis-penulis tempatan kita ini, kalau bukan kita..."

Terkedu saya seketika.
Benarlah yang TINGGI ILMU  
penuh dengan PEKERTI yang TINGGI nilainya

"Inovasi minda"


Sekian, WASALAM.

-Emellda M.A










Thursday, 7 September 2017

Novel terbaru saya

Boleh dapatkan di fb Cik Karnadya atau sila lihat pada gambar

Merindu Tanpa Kata

Merupakan novel terbaru Emellda M.A dari Karnadya Publishing.

Sesiapa yang mahu mendapatkan novel tersebut boleh dapatkan secara atas talian, melalui wasap spd nombor hp di bwh. Atau online di lazada /11street.

Boleh juga mendapatkannya melalui penulis itu sendiri.

Jgn lupa add fb Emellda M.A

Atau blogwalking .... tintabidasari.blogspot.my



Friday, 11 August 2017

Rahsia Jiwa

Rapuhnya hati saat hilang jiwa
Terasa diri hilang deria bahagia
Bagaimana mahu melakar mimpi
Saat kau ingin pergi

Andai kau cuba mengerti
Di hati kerinduan penuh menghuni
Goyah dipaksi bumi
Menanti kau kembali

Kejauhan ini menguji
Seketika perlu sendiri
Terasa hati dibawa sekali
Kehidupan terasa tiada seri

Begitulah rasa hati
Saat kau berjauhan dariku
Namun kerana tanggungjawab berbeza
Maka kita terpisah seketika

Lelah terasa menanti pusing siang dan malamku
Dengan harapan kisah kita sentiasa dibaja dengan rindu yang menderu
Moga kasih kita utuh bersatu
Walau diuji ruang waktu

Saturday, 29 July 2017

#TTS:DURI DLM HATI

Fikir sejenak:

Apabila rasa hormat itu hilang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Maka ERTI NILAI & RASA itu TIADA. Muhasabah diri tanya pd hati, ke mana jalan yg ingin dituju. Kerana bahagia itu bukan boleh dikutip2 tapi kita sendiri yg perlu melakar bahagia. Usah dicari bahagia yg kononnya hilang dan tersembunyi. Sedangkan bahagia hakiki adalah DALAM DIRI SENDIRI.

Bagaimana pula dgn rasa hormat? Bukan bermakna ibarat dicucuk hidung. Tidak juga disuruh seperti kacang lupakan kulit. Ibarat tarik rambut dlm tepung. Tepung xberselerak tp apa yg dicari diperolehi.

Masalahnya, TIADA SANTUN DALAM BERBICARA. Berkata dengan tidak berbahasa. Berkomunikasi tapi ASSUMING shj. Takpun mengumpat blakang.

Yg tua, muda, sama sahaja. Malahan dihasut pula yg kecil xtahu apa...

Moga terlerai segala rasa hitam di hati tu.
Barulah akan belajar utk terima takdir kerana yg kita hajati kadang bukan utk kita.

Cakap yg baik2
Fikir yg baik2
Bertindak dan berbahasa juga biarlah yg baik2

#muhasabahdiri

Friday, 17 February 2017

MELAKA BUMI BERTUAH

Berpijak di bumi
Berpasak di hati
Keringat budi
Tak mungkin dilupai

Indah alam berirama
Langit terang senada
Hati girang bila bersua
Erat tersimpul seiring bersama

Bumi bertuah ini bernama
Bandar warisan pujaan dunia
Andai jauh berkelana
Ke marilah ke melaka bumi tercinta

:) feel baru lepas ikut event mini malaysia buat diri merasa bangga berada di bumi melaka... ekekeke

Monday, 30 January 2017

SEBUAH GARAPAN RASA

Sebuah garapan rasa begitu sukar untuk digubah
Persis si buta tanpa tongkat yang cuba berjalan sendirian
Siang atau malam tetap saja sama menongkah arus resah
Tanpa asas yang padu ku cuba mamandang ke luar paksi cakerawala alam moga dipermudahkan

Sunday, 29 January 2017

Kesempurnaan

Entah mengapa di saat alam semakin tua
Kita semakin alpa mencari kesempurnaan
Hingga dibiarkan diri dan hati disakiti
Apakah kesempurnaan itu mampu memberi kebahagiaan?

Kesempurnaan padaku perlu mengikut kemampuan
Kesempurnaan perlu jika punya kesempatan
Bukan dinilai dari cakapnya orang persekitaran
Orang boleh memberi 1001 tafsiran

Pada aku
Kesempurnaan itu bukan datang dari mata penglihatan
Tapi dari teguhnya iman
Betapa indahnya hati dan dalaman

Jadi kenapa inginkan kesempurnaan yang tertangkap dek hanya dari mata penglihatan?
Sedangkan kesempurnaan paling jelas lahirnya dari hati yang sentiasa positif maju ke depan
Mengapa perlu dihitung pemikiran lain sedang hanya kita yang tahu sejauh mana kesempurnaan wujud dalam diri

Apa yang penting sempurna iman
Apa yang perlu redha dan bersyukur
Kerana kesempurnaan itu tiada siapa mampu mempertikaikan
Hanya Allah swt Yang Maha Sempurna
Dan kita manusia hidup adalah untuk saling melengkapi setiap  ketidaksempurnaan

Saturday, 28 January 2017

H.A.T.I HATI

Bicara saat ini adalah tentang hati
Bila mana rasa hati ibarat tertusuk duri
Rasa derîta di jiwa akhinya hanya mampu ditangisi
Sentiasa resah menanti saat mimpi menjadi realiti

Bercerita tentang hati belum tentu pasti
Kerana hati sendiri tiada jawapan seindah mimpi
Jauh diselongkar rahsia duniawi
Tetap jua bahagia itu menjauh dari diri

Langkah kaki terasa seperti ingin berhenti
Semangat kian longgar dan terburai
Aku termenung memikirkan hati hati
Pabila bahagia begitu sukar dicari

Cuba aku genggam mimpi-mimpi
Mengharap derita jiwa berganti
Bahagia yang dicari moga mampu digapai
Walau terpaksa melalui jalan beronak duri

Hati terasa rapuh sekali
Jiwa masih lagi tiada seri
Maka aku selami dalam diri sendiri
Berharap keajaiban hadir bersama rahmat ILLAHI

Bicara pada hati
Allah senantiasa menemani
Walau hidup ditemani mimpi-mimpi ngeri
Janji Allah bila tiba saatnya pasti ada bahagia bakal menanti

...Keimanan dan Kesabaran dalam menjalani ujian yang diberi perlu sentiasa menebal. Tanda Allah sayang dan sebagai ruang untuk menggapai bahagia abadi. Dunia ini hanya satu persinggahan...

~dari tinta hati BIDASARI

Thursday, 26 January 2017

Semangat Yang Hilang

Mencari semangat yang hilang tak semudah memejam dan mencelikkan mata. Bila mata terpejam pandangan kita hilang. Dalam sesaat pula boleh kembali mencelikkan mata dan pandangan akan terbentang semula. 

Semangat yang hilang juga tak semudah kita menarik nafas dan lepas. Apabila menarik nafas oksigen kita dapat. Apabila dilepaskan nafas maka karbon dioksida pula jadinya. Sekelip mata boleh berubah.

TETAPI mencari semangat yang hilang memerlukan satu keyakinan dan keimanan yang kuat agar tidak tersasar jalan. Memerlukan penelitian dan kesabaran dalam menghuraikan segala fakta agar rasional di kotak fikiran. Mudah-mudahan AURA POSITIF akan kekal dan kembali dalam diri.

Yea.. tak semudah berkata-kata. Ini kerana yang menanggung dugaan itu yang tahu RASA sebenarnya. Namun kembali pada paksi asal sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA. 

Kepercayaan KEPADA TUHAN menjadi paksi tenangnya diri di saat ujian datang dan cuba menangkis semangat agar hilang. Allah... Allah... Allah... Kalimah itu besar maknanya. Aku sendiri pernah berdiri dan berada di situasi paling rumit sebagai khalifah Allah swt. Maka hati pun pernah berkecai lumat ibarat retak seribu tak mampu bercantum lagi. Hati kita ... Hati manusia bukan hati nyamuk. RASA yang terkandung di dalamnya punya seribu makna.

Yang pasti bila berpaksi pada YANG MAHA PENCIPTA maka segalanya dirasakan tenang walau di hati kemelut jiwa bebolak balik. Tidak mengapa... Ajar pada hati... Berbicaralah berkali-kali... "Allah itu ada. Pasti ada jalannya yang bakal merungkai segala." Usah dipersoalkan BILA??? 

....Kerana siapa kita??? Hanya hamba yang tidak sempurna...

#Jangan berhenti berharap
#Jangan berhenti berdoa

#Throwback


...Life is Miracle...
Subhanallah
Syukran for all the happiness
Sbg manusia adakalanya kita khilaf
Kadangkala kita rasa spt tidak sempurna
Namun hari demi hari
Setiap kali bernafas kita bersyukur dgn kurniaan Yang Maha Pencipta
Hari demi hari tercipta kenangan suka duka kehidupan
Apa yg penting semua itu bersama insan2 tersayang
Aku manusia biasa yg kerdil
Namun selagi bernafas rasanya akan terus berusaha menjadi yg terbaik di sisi Illahi
Pasir berubah
Manusia berubah
Hidup ini ibarat roda
Hidup ini juga ibarat lautan yg ada pasang surutnya
Jauh aku mengintai kenangan
Bermuhasabah diri mengharap redha Illahi
Moga kurniaan yg diberi oleh Pencipta akan sentiasa mewarnai kehidupan
Semoga rasa syukur xpernah hilang
Semoga hati xgoyah dlm duniawi yg penuh pancaroba ini
Amin.

#Throwback

Terasa tenang memandang ke laut lepas
Nyaman dan ibarat menyuntik semangat juang
Memandang ke laut dr sisi benteng buatan manusia
Andai di pesisiran pantai pasti akan ada ombak yang datang
Desiran ombak umpama alunan lagu cinta
Deruan ombak umpama jiwa yg mengandungi pelbagai rasa
Itulah kehidupan manusia

PERMULAAN BARU BAGI TAHUN 2017


Alhamdulillah..

Setelah sekian lama sy hilang arah membiarkan sahaja pena hati menari tanpa dakwat dan kertas. Saya berkata bahawa saya mahu kembali... kembali meneroka ilmu tinta dalam berbicara ttg manusia. Yea..dalam melakukan sesuatu perkara kita perlu ada idola. 

Dr situ semangat juang dan motivasi diri tidak akan hilang bak angin yang berlalu. Sy cuba mencari dan terima kasih pd seorg yg bergelar sahabat dari dulu yg sentiasa memberi ruang, peluang dan nasihat. Sungguh saya kagum dengannya. Melihat dia semakin berjaya dalam meluahkan rasa sbg kerjaya. Membuat sy terfikir, mengapa sy berhenti sedang kemahiran itu ada dlm diri. Sepatutnya sy tidak tinggalkan sahabat. Tapi begitulah ketetapan Illahi. 

Sy berjanji pd diri tidak akan berhenti lagi. Kali ini, saya akan pastikan sy mengorak langkah ke hadapan seperti sahabat. Masa walaupun singkat, masih belum terlambat...itulah kata sahabat sbg penawar dan semangat. 

Tinta hati saya tidak pernah berhenti berbicara. Dakwatnya ada tapi dibiarkan kertas tidak bertulis sepatah kata. 2017 menjadi saksi bhw saya akan sentiasa memenuhi kertas agar terukir bicara mulia buat pedoman utk semua...

~Emellda M.A~

Wednesday, 18 January 2017

Hurt in my heart

Sometime in our life, we cant get everything according to our demand.

We need to do something in our life.
Its not about how we want to do to be rich. BUT how we want to survive.

Hurt in my heart.
Trust that ALLAH SWT will always be here...near and hear for our DOA.

We are the only one who can make happy for our own life. Find the happiness with smile and the kindness.

Tuesday, 10 January 2017

HATI

Hati terguris
Pedih terasa ibarat terkena bara
Di mana hilangnya manis
Sedang cinta membakar jiwa

Aku hanya seorang pencinta
Aku juga hanya perindu
Apabila rasa sudah tiada
Apakah perlu untuk aku berlalu?

Mengalah itu bukan sikapku
Membiar hati terluka
Tanpa dirawat selalu
Ibarat membiarkan segalanya sia-sia

Cinta itu perlu setia
Cinta itu bahagia
Andai cinta membawa derita
Baja dan mesrailah pengubatnya

Andai cinta menjauh
Maka berusahalah untuk mendekatkannya
Andai cinta hilang
Renungi diri kembali pada Allah swt

Kerana mungkin kita tersasar
Tanpa benteng dalaman sebagai baja
Bahagia itu tak datang sendiri
Perlu dicari dan diusahakan kembali

HASRAT HATI

Hasrat hati terlalu besar
Ingin menggapai bintang di langit
Walau tak tercapai tangan
Namun tetap jua mengharap
Kerana hasrat hati adalah harapan

Hasrat hati ingin membahagiakan
Menjadi pendamping setia tiada tandingan
Walau datang 1000 halangan
Tidak tergoyah dan mengalah
Kerana hasrat hati ibarat akur janji

Hasrat hati bukan igauan
Bukan juga mimpi mainan perasaan
Walau suka duka silih berganti
Bahagia terbit di penghujungnya
Kerana hasrat hati dalam berkah Illahi

Kasih Terindah

Bahagiaku
Hanya pada satu wajah
Senda gurauan mesra
Sentiasa mewarnai dunia

Hadirnya
Tanpa pernah aku menduga
Selaut kasih tercurah
Tidak pernah surut walau badai menggila

Tanpamu aku lemah
Kerana aku tanpa cintamu
Bagai mawar pudar warna
Hilang seri berganti duri

Sentiasalah hadir
memimpin aku menggapai
Kisah terindah penuh rindu
Dan cinta mutlak milik kita